HOME

NEWS

LOGIN

Home

News

Login

Hormati Lagu Kebangsaan – PDRM

#InfoBersama

HARI KEBANGSAAN KE-62: KEWAJIPAN MENJAGA MARUAH DAN KEHORMATAN LAGU KEBANGSAAN

Bersempena dengan bulan Kemerdekaan kali ini, kami ingin kongsikan sedikit info yang mungkin kurang disedari oleh segelintir rakyat Malaysia iaitu menghormati lagu kebangsaan di mana ianya merupakan satu kewajipan undang-undang yang termaktub dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968.

Apabila lagu Negaraku diangkat menjadi lagu rasmi kebangsaan, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif pada tahun 1968 untuk menggubal Akta Lagu Kebangsaan 1968 bagi melindungi maruah dan kehormatan lagu Negaraku di mana akta tersebut kemudiannya disemak semula pada tahun 1989.

Mengikut seksyen 8(1) Akta Lagu Kebangsaan 1968, setiap individu hendaklah menunjukkan rasa hormat kepada lagu kebangsaan yang sedang dimainkan dengan cara berdiri tegak.

Jika mana-mana individu didapati tidak berdiri tegak atau tidak menunjukkan rasa hormat ketika lagu Negaraku dimainkan, individu tersebut boleh didakwa di bawah subseksyen 8(2) Akta Lagu Kebangsaan 1968 yang membawa denda maksimum RM100 atau penjara maksimum satu bulan.

Mana-mana pegawai polis dibenarkan untuk menangkap mana-mana individu yang gagal untuk menghormati lagu kebangsaan TANPA WARAN seperti yang disebut di bawah seksyen 9 Akta yang sama.

#PolisDirajaMalaysia

#RoyalMalaysiaPolice

#PDRM

#RMP

#InfoPDRM

#InfoBersama

#MalaysiaKitaPunya

#SayangiMalaysiaku

Share and get

Become a Now!

Not yet a CYVOLT?