[COVID] KTMB Mengurangkan Khidmat Tren Antarabandar & Negeri Hingga Tamat PKP

Berikutan kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak KTMB semalam bertarikh 23 Mac 2020, KTMB akan mengurangkan khidmat dan kekerapan tren termasuklah KTM Komuter, ETS, KTM Antarabandar dan Skypark Link bermula 25 Mac 2020.

Para penumpang yang terjejas boleh membuat pembatalan atau pindaan tiket di laman sesawang www.ktmb.com.my.

Kenyataan Media KTMB pada 23 Mac 2020

Pengurangan perkhidmatan ini dijangka bermula esok, 25 Mac 2020 sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 31 Mac 2020.

KTMB telah mengeluarkan jadual perjalanan baru sepanjang tempoh PKP ini bagi rujukan pengguna.