HOME

NEWS

LOGIN

Home

News

Login

[COVID-Fake] Dakwaan Kementerian Pertahanan Akan Minta Bantuan Veteran Menguatkuasa PKP Adalah Palsu

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM menafikan sekeras-kerasnya bahawa mesej informasi menggambarkan kaedah yang diguna pakai oleh ATM dalam membantu PDRM menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Masyarakat diminta berhenti menyebarkannya SERTA-MERTA kerana mesej atau informasi tersebut boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan rakyat.

Adalah ditegaskan, mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Masyarakat juga tidak perlu bimbang apabila melihat kehadiran anggota ATM daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu darat, laut dan udara kerana ini merupakan tugas sekunder ATM di waktu aman iaitu berperanan membantu pihak berkuasa awam dalam memelihara keamanan
negara.

Sebaliknya, orang ramai perlu bekerjasama dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan agar usaha membendung penularan COVID-19 dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Di saat kritikal begini, penularan berita palsu dan fakta tidak benar adalah perkara yang paling tidak bertanggungjawab. Hentikanlah pengedaran khabar angin, berita sangsi yang belum diketahui kebenarannya. Lakukan peranan anda, bantu kami hentikan jenayah ini. Ingat! Pastikan Sahih, Baru Kongsi!!

SUMBER:
Facebook Rasmi Markas Angkatan Tentera Malaysia
Sebenarnya.my

Share and get

Become a Now!

Not yet a CYVOLT?