COVID-19

#stayathome

Soalan Lazim (FAQ) COVID-19

Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Novel Coronavirus 2019 (COVID-19).

Jangkitan coronavirus menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.

Cara penularan novel coronavirus COVID-19 daripada individu kepada melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang dengan COVID-19 batuk atau bersin. Titisan ini merentasi objek dan permukaan di sekelilingnya. Orang lain kemudian mendapat jangkitan COVID-19 dengan menyentuh objek atau permukaan ini, kemudian menyentuh mata, hidung atau mulutnya. Sesorang itu juga boleh dijangkiti COVID-19 jika mereka berada dekat dengan pesakit COVID-19 yang batuk atau bersin atau melepaskan titisan. Itulah sebabnya penting untuk mengekalkan jarak lebih dari 1 meter (3 kaki) dari orang yang sakit.

KKM kini sedang mengawasi perkembangan jangkitan ini dan situasi sentiasa berubah dan akan mengemaskini maklumat penyakit ini dalam laman sesawang KKM dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kebersihan diri yang baik.

Pemakaian penutup mulut dan hidung surgical atau 3-ply face mask adalah disyorkan kerana ia membantu mengurangkan penyebaran virus dan lebih praktikal untuk digunakan oleh orang awam. Ia bagi menghalang pendedahan orang lain kepada titisan dan percikan air liur orang yang memakai penutup mulut dan hidung ini.

Namun penutup mulut dan hidung N95 tidak disyorkan kerana ia lebih ketat dan boleh menyebabkan pemakainya berasa sukar untuk bernafas. Ianya lebih sesuai digunapakai oleh anggota kesihatan yang mengendalikan pesakit di fasiliti kesihatan.

Gejala radang paru-paru (pneumonia) COVID-19 adalah demam, batuk dan sukar bernafas.

Anda hendaklah berjumpa doktor segera jika mempunyai gejala demam, atau jangkitan saluran pernafasan seperti batuk dan hidung berair. Sila dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan terdekat dan pakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) apabila anda ke sana.

Sehingga kini, tiada rawatan khusus atau ubat antivirus untuk jangkitan COVID-19. Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang dialami pesakit.

COVID-19 ini berpotensi menyebabkan penyakit yang teruk dan kematian, terutamanya dalam kalangan orang tua dan orang yang mempunyai masalah kesihatan atau sistem imun yang rendah.

Walau bagaimanapun ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

Pengembara ke negara yang mempunyai kes COVID-19 dan selepas pulang ke Malaysia adalah diingatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut:

• Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;

• Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan;

• Elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan manamana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan;

• Elakkan daripada melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan semasa dalam tempoh
lawatan; dan

• Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna semasa dalam tempoh lawatan.

Mereka akan disaring di Pintu Masuk Antarabangsa Malaysia. Sekiranya dikesan demam dengan gejala jangkitan pernafasan, mereka akan dirujuk ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

Sekiranya mereka sihat dan tidak bergejala, mereka akan diberi Home Assessment Tool serta Health Alert Card. Mereka dinasihatkan untuk tinggal di rumah dan perlu mengawasi kesihatan mereka selama 2 minggu.

Sekiranya bergejala, segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan dengan membawa bersama Health Alert Card.

Agensi pelancongan diminta untuk memaklumkan mengenai situasi terkini kejadian wabak penyakit COVID-19 dan nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh KKM kepada pekerja masing-masing dan pelanggan yang ingin ke negara yang mempunyai kes COVID-19 dari semasa ke semasa iaitu:

• Menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan dari melawati negara China sehingga dimaklumkan kelak.

• Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.

• Sekiranya lawatan ke negara yang mempunyai kes COVID-19 tidak dapat dielakkan, semasa di sana:
o Elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan tidak bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala;
o Elakkan daripada melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan;
o Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna.

• Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang ke tanah air.

• Pengembara yang datang dari negara yang mempunyai kes COVID-19 perlu dimaklumkan keperluan mengisytiharkan status kesihatan sebelum tiba ke Malaysia. Selain itu prosedur keperluan menjalani perintah Pemantauan dan Pengasingan serta isolasi sekiranya bergejala perlu dijelaskan kepada pelanggan.

• Memperkasakan pihak agensi dan persatuan pelancongan untuk membuat saringan demam ke atas pengembara dan merujuk mereka ke fasiliti kesihatan terdekat untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

• Pihak agensi pelancongan dan pengurusan fasiliti penginapan dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran termasuk menjalankan disinfeksi.

KKM telah memantau situasi wabak jangkitan COVID-19 ini secara harian melalui sumbersumber yang sahih sejak 10 Januari 2020, di samping menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

i. Membuka Bilik Gerakan COVID-19.

ii. Menyediakan dan mengeluarkan kenyataan akhbar memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi terkini wabak ini.

iii. Membuat saringan gejala di pintu-pintu masuk antarabangsa Malaysia.

iv. Membuat saringan gejala di fasiliti kesihatan, membuat rujukan dan isolasi kes di hospital-hospital terpilih.

v. Menjalankan pemantauan kontak di rumah atau tempat-tempat pengasingan yang termaktub dalam Perintah Pemantauan dan Pengasingan.

vi. Meningkatkan kapasiti isolasi di hospital.

vii. Memantapkan kemampuan dan keupayaan makmal dalam menjalankan ujian pengesanan virus ini.

viii. Menjalankan latihan kepada kakitangan kesihatan khususnya penggunaan alat pelindung diri (PPE) yang betul.

ix. Memastikan stockpile PPE dan ubat-ubatan bagi merawat gejala dan komplikasi mencukupi.

x. Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jangkitan virus COVID-19 ini melalui media sosial dan media cetak.

Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan KKM di talian 03 – 8881 0200 / 0600 / 0700 emel ke [email protected] dan Whatsapp ke 010 969 9435 untuk sebarang pertanyaan. Selain itu Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing juga boleh dihubungi.

Orang ramai terutama golongan berisiko tinggi dinasihatkan untuk menghadkan lawatan ke hospital terutamanya bagi urusan tidak penting (non-essential). Langkah ini bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 di hospital. Golongan berisiko adalah :

• Kanak-kanak
• Warga emas berusia 65 tahun ke atas
• Pesakit dengan penyakit kronik
• Pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah
• Wanita hamil

Penting – (Jangan melawat pesakit di hospital sekiranya anda demam atau mengalami selesema dan batuk)

Temubual – Semasa di hospital, pasukan perubatan menyenaraikan lokasi perjalanan Dan kontak pesakit dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Penyiasatan – Pasukan kesihatan menjejaki kontak pesakit untuk mengesan dan menyiasat hubungan/interaksi dengan pesakit serta mendapatkan . maklumat lanjut.

Mengenalpasti – Keputusan dibuat bagi menentukan individu berkaitan merupakan kontak rapat/dekat dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.

Sekiranya kontak mengalami GEJALA – beliau akan dirujuk ke hospital untuk pengasingan dan rawatan lanjut. Sekiranya kontak SIHAT beliau akan menjalani ujian untuk pengesahan dan diletak di bawah pengawasan di rumah bagi tempoh 14 hari.

Untuk makluman, KKM telah berkolaborasi dengan pihak swasta bagi perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah. Dengan kolaborasi ini, orang awam yang tidak mempunyai gejala boleh menjalani ujian COVID-19 di rumah tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan. Orang awam boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan melawat laman web/memuatnaik aplikasi berkaitan bagi menentukan masa lawatan ke rumah bagi tujuan pengambilan sampel. Walaubagaimanapun, perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 ini akan dikenakan caj oleh pihak syarikat swasta berkenaan. Buat masa ini, perkhidmatan ini disediakan oleh pihak swasta seperti di bawah:

a) Bookdoc

b) Pantai Premier Pathology Sdn Bhd

c) Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ)

d) Qualitas Medical Group Sdn Bhd

e) Gleneagles Kuala Lumpur

f) Pantai Hospital Kuala Lumpur

g) Pantai Hospital Cheras

h) Pantai Hospital Klang

i) Pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka

j) Twin Tower Medical Centre, KLCC

k) DoctorOnCall

Sila layari laman web syarikat-syarikat tersebut untuk maklumat lanjut. Senarai syarikat swasta ini mungkin akan ditambah dari semasa ke semasa.

  • Sentiasa berada di rumah, pastikan anda boleh dihubungi setiap masa.
  • Hadkan pelawat.
  • Senaraikan semua pelawat yang menziarahi anda.
  • Amalkan adab batuk yang betul/beretika. Tutup mutut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk atau bersin.
  • Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan CUCI TANGAN serta merta dengan sabun atau hand sanitizer.
  • Sentiasa pakai face mask.
  • Cuci tangan dengan kerap.
  • Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri.
  • Cuci peralatan makanan yang digunakan dengan air dan sabun pencuci sebelum digunakan semula.
  • Buka semua tingkap untuk pengudaraan rumah yang baik.

Hospital Tuanku Fauziah 04-9738000
Hospital Sultanah Bahiyah 04-7406233
Hospital Sultan Abdul Halim 04-4457333
Hospital Kulim – 04-4272733
Hospital Sultanah Maliha 04-9663333
Hospital Pulau Pinang 04-2225333
Hospital Raja Permaisuri Bainun 05-2085000
Hospital Raja Perempuan Zainab 2 – 09-7452000
Hospital Sultan Ismail Petra 09-9611666
Hospital Tumpat – 09-726 3000
Hospital Sultanah Nur Zahirah 09-6212121
Hospital Tengku Ampuan Afzan 09-5133333
Hospital Sungai Buloh 03-61454333
Hospital Kuala Lumpur 03-26155555
Hospital Tuanku Ja‘afar 06-7684000
Hospital Melaka 06-2892344
Hospital Sultanah Aminah O7-2257000
Hospital Labuan 087- 596888
Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu 088-517555
Hospital Duchess of Kent, Sandakan – 089-248600
Hospital Tawau – 089-983533
Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas – 088-522600
Hospital Lahad Datu – 089-895111
Hospital Keningau – 087-313000
Hospital Umum Sarawak, Kuching – 082-27666609
Hospital Miri – 085-420033
Hospital Bintulu – O86-859000
Hospital Sibu – 084-343333

Setiap majikan dan pekerja perlu mengamalkan langkah-langkah ini walaupun tiada jangkitan COVID-19 dalam komuniti.

  • Pastikan tempat kerja anda bersih dan bebas kuman – Kerap lap permukaan dan alatan dengan bahan disinfeksi.
  • Tingkatkan kekerapan dan membasuh tangan dengan betul (20 saat) dalam kalangan pekerja dan pelanggan – Letakkan “hand sanitizer” di tempat yang mudah dicapai di tempat kerja dan pastikan ia kerap diisi semula.
  • Sediakan topeng muka dan tisu di tempat kerja untuk pekerja yang selesema atau berkahak – Sediakan juga tempat lupus tisu yang sesuai.
  • Menasihati pekerja untuk dapatkan nasihat perjalanan sebelum melakukan tugas yang memerlukan pekerja bertugas di kawasan yang dilanda wabak
  • Beri taklimat kepada pekerja dan pelanggan sekiranya COVID-19 mula berjangkit dalam komuniti sekitar anda dan galakkan kuarantin di rumah jika tidak sihat

Pengurusan sekolah perlu melakukan nyahkuman & disinfeksi di permukaan yang mudah dicemari seperti:

1. Kerusi
2. Meja
3. Tombol pintu
4. Papan kekunci komputer

Sekiranya terdapat warga sekolah/pekerja yang disahkan positif COVID-19, sekolah / pejabat tidak perlu ditutup. Memadai kerap lakukan nyahkuman/ disinfeksi. Pakai penutup hidung & mulut (face mask) sekiranya bergejala, basuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer. Jarakkan diri sejauh satu (1) meter sekiranya bergejala dan nampak orang bergejala.

Pemilik premis/ kenderaan awam perlu kerap melakukan nyahkuman/disinfeksi permukaan yang mudah dicemari kuman seperti eskalator & susur tangan,troli, tombol pintu,butang lif dan mesin ATM.

  • Basuh tangan dengan sabun dan air atau hand senitizer.
  • Jarakkan diri sejauh satu (1) meter sekiranya bergejala dan nampak orang bergejala.
  • Pengusaha/pemilik kenderaan awam perlu kerap melakukan nyahkuman / disinfeksi pada permukaan yang mudah dicemari seperti pintu, kerusi dan tempat pemegang.
  • Pakai penutup hidung & mulut (mask) jika bergejala.

Isu kekurangan bekalan topeng mulut dan hidung di pasaran seluruh negara akan dibincang pada mesyuarat kabinet, KPDNHEP mengakui pembelian secara panik berikutan kebimbangan orang ramai kes penularan COVID-19 menjadi punca utama berlakunya kekurangan bekalan.

Siasatan dilakukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati tiada aktiviti menyorok topeng mulut dan hidung bertujuan untuk menaikkan harga oleh pemborong serta peniaga barangan berkenaan. “Pegawai dan anggota KPDNHEP akan terus melakukan pemeriksaan serta pemantauan, di mana tindakan akan dilakukan jika mendapati ada peniaga yang menaikkan harga produk itu.

“Kerajaan sudah mengisytiharkan bahawa topeng berkenaan adalah barang kawalan dan tindakan menaikkan harga boleh dikenakan tindakan,”

Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua. Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.

Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;

Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;

Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;

Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan

Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, orang awam boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 atau ikuti Telegram & Facebook Majlis Keselamatan Negara untuk perkembangan semasa berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan.