[COVID] Statistik COVID-19 Seluruh Dunia 8 April 2020

Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia, 8 April 2020. Peningkatan kes terus meningkat melibatkan negara Amerika Syarikat, serta empat negara dari benua Eropah yang mencatatkan kes melebihi 100,000 kes. Kematian yang tertinggi masih negara Itali, 12.63% kadar peratusan kematian. CPRC KKM

[COVID] Zon Merah Mengikut Kes 12pm 6 April 2020

Terdapat pertambahan zon merah menjadi 21, berdasarkan statistik terkini sehingga 12pm, 6 April. Daerah baru zon merah ialah Putrajaya, Jasin dan Rembau. Duduk di rumah, penjarakan sosial dan tingkatkan penjagaan kesihatan diri. #stayathome #dudukdirumah

[COVID] Dua Kluster yang Berkait Rapat dengan Perhimpunan Besar-besaran

#COVID19Malaysia Dua kluster yg berkait rapat dengan perhimpunan besar-besaran. 1. Persidangan keagamaan di gereja, Kuching selama 3 hari. 83 org positif (2 kematian, 5 ICU, 50 sedang dirawat, 25 di pusat kuarantin dan 1 sembuh) 2. Majlis perkahwinan di BB Bangi. 88 kes positif. Ikut arahan #stayathome #dudukdirumah untuk putuskan rantaian COVID-19

[COVID] Survei Khas Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ‘Kesan Coronavirus Disease (COVID-19) kepada Ekonomi dan Individu’-Pusingan 1

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sedang menjalankan Survei Khas ‘Kesan Coronavirus Disease (COVID-19) kepada Ekonomi dan Individu’-Pusingan 1. Kerjasama tuan/puan amat diperlukan untuk melengkapkan survei ini menerusi capaian : https://bit.ly/SurveiCOVID19DOSM atau melalui imbasan kod QR yang disediakan. Sama-sama kita membantu negara menangani krisis COVID-19. #StayAtHome#PrayForMalaysiaAndAll#StatsMalaysia

[COVID] KKM Tubuh Akaun Khas Terima Sumbangan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan satu akaun khas bagi membolehkan orang ramai menyumbang. Sumbangan orang ramai ini akan digunakan bagi tujuan membeli alat-alat kelengkapan perubatan, keperluan seperti ubat-ubatan, reagen, bahan pakai buang serta keperluan-keperluan perubatan lain yang berkaitan di Fasiliti KKM. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun: Sumbangan Perubatan KKM2-66016-0002347-5 (RHB Bank) Terima kasih daripada […]

[COVID] Pengisytiharan Stesen Kuarantin

Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Bin Baba mengisytiharkan tempat yang dinyatakan dalam Jadual (gambar di bawah) sebagai stesen kuarantin COVID-19 Malaysia.